wahhhhh~~ lame benau x berblogging . . nk dekat 7bulan kot . . dlm mse 7 bulan tu pon . .mcam2 dah jd . .suka duka dlm kehidupan biasa laa kann~~ kih3 . . ape2 pon sabar, tabah, redha n berserah saje pada ALLAH Maha Pencipta. . tanpa DIA . .kte xkan sekuat ni . . life must go on rite . . past is past . . anyway . . sejak tanam anggur x berbuah selama 5 bulan ni . . . hidup jd TLDM je kejenye . . tdo lepak dan makan . . aishhh~~ ape nak jadi laaa . . -_- haha =P . . ape2 pon . . alhamdulillah hidup semakin baek dari sebelum ni . . n opkos perlu dtingkatkan lg . .hihi . . n now . . sedang menanti tarikh keramat yg menggerunkan . . 16 or 23/12/13 . . . tarikh ni menentukn akuh sma ade still tanam anggur yg xpernah berbuah or x . . wahh~~ debar dupdap dupdap wehhh~~ >_< adakah rezeki menyebelahiku . . ?? mudah2an ALLAH permudahkn segalanya . .Aamiin . . mudah2an status SPA brubah jd "lantikan tetap" . . Aamiin . . :) Mudah2an taun depan bleh berkhidmat merawat org2 yg sakit . . Aamiin . . Mudah2an dpt kurangkan beban mak ayah n dpt bls blik jasa mak ayah . .Aamiin . . kebahagiaan mak ayah e2 lebih bermakna bagiku <3 <3 . . ttbe rase tergerak aty nk search surah2 untuk murahkan rezeki kt pkcik google . . n i got it . . mudah2an dpt djadikan amalan setiap hari . . Aamiin . .
http://www.youtube.com/watch?v=EDSs5qBR4mA (ayat 1- 49)
http://www.youtube.com/watch?v=Yx27JayHFKA (ayat 50 - 96)
tudiaaaa link~~~ SURAH AL-WAAQI'AH (HARI QIAMAT) . . :)
agak2 korg tau x ape dye punya fadhilat dan khasiat surah AL-WAAQI'AH??? jom baca . . :)
Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.
Al-Waqiah Surah Kekayaan. Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
Rasulullah SAW bersabda:“Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:“Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda:“Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Rasulullah SAW bersabda:“Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:
- Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
- Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
- Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
- Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
- Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
- Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
- Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
- Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
- Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
- Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
- Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah :“Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
* Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya.
* Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya.
* Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah.
* Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Petua dari Syeikh Abi’l Abbas. Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya; Dengan mengamalkan seperti berikut:
- Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).
- Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.
- Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.
Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezeki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.
Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.
nahh~~ ni antara 10 Surah Lain Yang Banyak Kelebihan
Surah Al-Fatihah : dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
Surah Yasin : dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
Surah Dukhan : dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
Surah Al-Waqiah : dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
Surah Al-Mulk : dapat meringankan azab di dalam kubur.
Surah Al-Kauthar : dapat merelaikan segala perbalahan.
Surah Al-Kafirun : dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
Surah Al-Ikhlas : dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
Surah Al-Falaq : dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
Surah An-Nas : dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
okeeyyy pjg lebar sudaaa~~udah2 laa yakk~~ hihihi . . mudah2an ia dpt djadikan amalan smua org . . termasuk diri sy sndiri . . smoga dgn niat yg ikhlas . . ALLAH perluaskan rzeki kita dan permudahkan segalanya . . Aamiin . .
Assalamualaikum . . . selamat malam . . ^_^